Thursday, April 10, 2008

Anwar Ibrahim Hebat, boleh tukar agama jika mahu

Hebat Anwar Ibrahim...

Berbanyak pujian padanya..

Kenapa???

Anwar Ibrahimlah yang menyatukan semua kaum dan agama di Malaysia sehingga tiada lagi Melayu Islam..

Anwar Ibrahimlah yang akan menegakkan kebebasan beragama di Malaysia..

Terima kasih Anwar.. kerana kamulah aku bimbang anak-anakku, cucu cicitku bukan lagi Islam..

Terkedu aku bila mendengar soal jawabnya di BBC saluran media asing, apabila dia menyatakan sokongan kepada kebebasan beragama.. Apakah maksud kebebasan beragama sehingga dia sanggup membenarkan seorang Islam menukar agamanya.. Mahkamah Syariah dipersoal keperluannya..

Selepas ini seronoklah anak-anak kita.. Bila ditangkap khalwat boleh mengaku bukan Islam..
Nak berkahwin tidak perlu Islam sesama Islam.. Nak kawen dengan apa agama pun boleh..

Penyokong-penyokong Anwar x tahukah 12 tuntutan badan NGO kepada kerajaan yang disokong oleh Anwar??

Ikhlaskah Pakatan Rakyat

Ikhlaskah Pakatan rakyat????

Setelah sebulan berkuasa, apakah nikmat yang diterima bangsa melayu?

Mungkinkah Pusat Ternakan babi akan membantu melayu??
Atau tender secara terbuka??
Atau juga pemberian tanah kepada orang-orang cina??

Hapuskan DEB? Tender terbuka?

Orang melayu sekarang dah duduk senang lenang agaknya sampai dah xmahu DEB.. dah boleh berusaha sendiri xperlu sapa-sapa tolong..
Bila Lim Guan Eng umumkan dia akan menghapuskan DEB, baru melompat orang melayu.. kontraktor-kontraktor yang sokong Pakatan rakyat pula lagi lah melompat tinggi.. agaknya orang melayu banyak yang lupa.. kilang simen Cina yang punya.. kilang besi pun cina yang punya jugak.. kilang bata pun cina punya.. kilang kasut pun cina.. kilang tepung pun cina..
kalau adapun kilang melayu pun baru nak berkembang dek sebab dibantu kerajaan BN.. dapatla orang melayu jadi tauke kilang pekasam, keli salai, minyak wangi, kilang roti.. 4, 5 tahun lagi entahlah, dah tak ada lagi kot..
Bila dah kilang-kilang semua cina punya.. agak2 kalau cina dan melayu lawan tender siapa yang menang??
Cina atau melayu??
Kilang-kilang cina nak bagi ke kontraktor melayu harga yang murah??

Walaupun Lim Guan Eng tidak mengakui kenyataannya mahu menghapuskan DEB, tetapi.. Dasar baru kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan tender terbuka adalah sebenarnya merupakan langkah penghapusan DEB secara senyap..

MB Perak meluluskan 60,000 lot tanah kepada??!

Lagi sedih pabila mendengar berita ini.. aku sendiri pun xda tanah.. baiknya hati Kerajaan Pas Perak tambah-tambah MB nye..Belum sampai sebulan berkuasa, dah nampak tembelang Pakatan Rakyat.. Orang Melayu xdapat apa-apapun. Paling kuat saman parking di Perak ditarik balik.. 60000 lot tanah dibagi pada Cina.. buat apa?? Sebab nak dapat sokongan cina??

Babi Bandar @ Babi Selangor

Terdetik di hati ini bertanya sekali lagi.. benarkah apa yang dilakukan bangsaku sekarang.. benarkah perjuangan mereka.. kemenangan besar Pakatan Rakyat membuatkan menguntum senyuman penyokong-penyokong kuat mereka..
Sampai bilakah senyuman itu mampu bertahan di raut wajah mereka, melayu islam..
Selangor kini Pusat Ternakan Babi secara komersial, adakah babi akan menyaingi pengeluaran ternakan lembu dan rusa yang diusahakan kerajaan sebelum ini.. Kasihan penduduk di Sepang.. Kami di Gopeng, Perak.. pernah merasai bahana tinggal berdekatan tempat ternakan babi yang dikenali dengan pusat penanaman Limau Tambun/ Limau Bali kini pun sudah lama tidak merasai keenakan limau yang ditanam menggunakan baja organik haiwan tersebut.. Ketika waktu angin menghembus perlahan dirasakan waktu yang tersangat perit dek sebab tusukan bau babi menikam saraf-saraf hidung..
Mungkin dek kerana perancangan Pusat Ternakan Babi yang bakal menelan belanja RM100juta tersebut, Kerajaan Selangor dibantu oleh Kerajaan Pulau Pinang, kerana mahu bersedia dari segi pasaran agar dapat sampai kepada pengguna di seluruh Malaysia..
Barangkali kerana itulah, daging babi kini dijual bersebelahan dengan daging-daging lain di Pulau Pinang di dalam pasar..