Thursday, April 10, 2008

Babi Bandar @ Babi Selangor

Terdetik di hati ini bertanya sekali lagi.. benarkah apa yang dilakukan bangsaku sekarang.. benarkah perjuangan mereka.. kemenangan besar Pakatan Rakyat membuatkan menguntum senyuman penyokong-penyokong kuat mereka..
Sampai bilakah senyuman itu mampu bertahan di raut wajah mereka, melayu islam..
Selangor kini Pusat Ternakan Babi secara komersial, adakah babi akan menyaingi pengeluaran ternakan lembu dan rusa yang diusahakan kerajaan sebelum ini.. Kasihan penduduk di Sepang.. Kami di Gopeng, Perak.. pernah merasai bahana tinggal berdekatan tempat ternakan babi yang dikenali dengan pusat penanaman Limau Tambun/ Limau Bali kini pun sudah lama tidak merasai keenakan limau yang ditanam menggunakan baja organik haiwan tersebut.. Ketika waktu angin menghembus perlahan dirasakan waktu yang tersangat perit dek sebab tusukan bau babi menikam saraf-saraf hidung..
Mungkin dek kerana perancangan Pusat Ternakan Babi yang bakal menelan belanja RM100juta tersebut, Kerajaan Selangor dibantu oleh Kerajaan Pulau Pinang, kerana mahu bersedia dari segi pasaran agar dapat sampai kepada pengguna di seluruh Malaysia..
Barangkali kerana itulah, daging babi kini dijual bersebelahan dengan daging-daging lain di Pulau Pinang di dalam pasar..

No comments: