Thursday, April 10, 2008

Anwar Ibrahim Hebat, boleh tukar agama jika mahu

Hebat Anwar Ibrahim...

Berbanyak pujian padanya..

Kenapa???

Anwar Ibrahimlah yang menyatukan semua kaum dan agama di Malaysia sehingga tiada lagi Melayu Islam..

Anwar Ibrahimlah yang akan menegakkan kebebasan beragama di Malaysia..

Terima kasih Anwar.. kerana kamulah aku bimbang anak-anakku, cucu cicitku bukan lagi Islam..

Terkedu aku bila mendengar soal jawabnya di BBC saluran media asing, apabila dia menyatakan sokongan kepada kebebasan beragama.. Apakah maksud kebebasan beragama sehingga dia sanggup membenarkan seorang Islam menukar agamanya.. Mahkamah Syariah dipersoal keperluannya..

Selepas ini seronoklah anak-anak kita.. Bila ditangkap khalwat boleh mengaku bukan Islam..
Nak berkahwin tidak perlu Islam sesama Islam.. Nak kawen dengan apa agama pun boleh..

Penyokong-penyokong Anwar x tahukah 12 tuntutan badan NGO kepada kerajaan yang disokong oleh Anwar??

1 comment:

Anonymous said...

Bagi saya, Pakatan Rakyat perlu diberi peluang menunjukkan kebolehan mereka memimpin negara. Rakyat cukup matang menilai keupayaan sesebuah parti dalam bekerja.

Sistem dua-parti yg memerintah bagi saya bukan satu masalah, bahkan satu kebaikan buat rakyat Malaysia. Supaya suara kita semua sentiasa didengari dan kebajikan sentiasa terjaga. Kita mahukan negara yang adil dan bersih dari penyelewengan.

Blh berikan URL youtube yg dimaksudkan? saya belum lihat.